Ekosistem perkongsian data MyGDX, membolehkan agensi pembekal data mengekalkan kuasa
autonomi dan pemilikan mutlak ke atas pangkalan data masing-masing (Terasing). Namun, pada masa yang sama, data ini diintegrasikan secara selamat (Terpaut) merentas agensi bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan Kerajaan agensi pengguna data.
Memperkasa Kerajaan Berpacukan Data
MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus
digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan
meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan
berpacukan data. Platform berpusat ini memudah cara ekosistem perkongsian data terperingkat dan data terbuka secara selamat, efisien, dan terkawal merentas agensi dan badan berkanun sektor awam.
Tujuan Perkongsian Data
Jaminan Perlindungan Data
Selaras dengan Akta 864, platform MyGDX 2.0 dilengkapi dengan infrastruktur keselamatan terkini, termasuk pengesahan identiti (MyGPKI) dan sijil digital (SSL/TLS), bagi mencegah akses tanpa kebenaran, kehilangan data, serta memelihara sepenuhnya privasi data peribadi individu
Akses Data Terbuka
Terokai aset data terbuka agensi sektor awam yang sedia untuk dicapai dan dikongsi secara bebas tanpa memerlukan permohonan rasmi