Memperkasa Kerajaan Berpacukan Data

MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. MyGDX sebagai Platform Rasmi Perkongsian Data Sektor Awam di bawah Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864]. Platform berpusat ini memudah cara ekosistem perkongsian data terperingkat dan data terbuka secara selamat, efisien, dan terkawal merentas agensi persekutuan dan badan berkanun.

Tujuan Perkongsian Data (Seksyen 13)

Kecekapan Perkhidmatan

Meningkatkan kecekapan dasar, pengurusan program, perancangan, dan penyampaian perkhidmatan awam

Keselamatan & Kesihatan Awam

Mengurangkan ancaman terhadap nyawa serta kesihatan awam, dan bertindak balas pantas terhadap kecemasan awam

Kepentingan Awam

Melaksanakan perkongsian data strategik demi manfaat dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya

Jaminan Perlindungan Data (Seksyen 16)

Selaras dengan Akta 864, platform MyGDX 2.0 dilengkapi dengan infrastruktur keselamatan terkini, termasuk pengesahan identiti (MyGPKI) dan sijil digital (SSL/TLS), bagi mencegah akses tanpa kebenaran, kehilangan data, serta memelihara sepenuhnya privasi data peribadi individu

Akses Data Terbuka (Seksyen 20)

Terokai aset data terbuka agensi sektor awam yang sedia untuk dicapai dan dikongsi secara bebas tanpa memerlukan permohonan rasmi

Perkhidmatan

Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dibangunkan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mengurangkan masa memproses, mengisi dan mengesahkan data. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih. Faedah MyGDX:

Sahih

Data dari sumber yang sahih

Pelbagai Sumber

Integrasi data dari pelbagai sumber

Analisis

Memudahkan analisis data

Pengesahan

Memudahkan pengesahan data bagi agensi pengguna

Bersepadu

Menyelaras dan menyepadukan data

Capaian

Memudahkan capaian data bagi tujuan perancangan agensi

Anda Sudah Bersedia?

Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) adalah platform perkongsian data yang komprehensif bagi membolehkan perkongsian data merentas agensi dengan mudah dan selamat. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih. Jom mulakan perjalanan integrasi data anda. Daftar / Login pada butang di bawah.

Statistik

Statistik Pelaksanaan MyGDX

Lacks Heading
  • 5 Transaksi API Tertinggi
  • Jumlah dan Peratusan API mengikut Kluster
  • 10 Pembekal Data Tertinggi
  • Statistik Tahunan MyGDX 2018 - 2026
  • Statistik Tahunan MyGDX 2018 - 2026

Fakta #

Status pelaksanaan MyGDX sehingga kini
(sila klik untuk paparan senarai)

Katalog API

Berikut adalah API yang telah disediakan dalam MyGDX. Beberapa API terkawal tidak akan dipaparkan.
Sekiranya data yang anda inginkan tiada dalam katalog ini, API tersebut boleh dibangunkan selepas persetujuan dari Agensi Pembekal. Untuk langganan API, sila login/daftar sebagai pengguna terlebih dahulu.

Tapisan Kategori

Pengumuman

Pengumuman Terkini Mengenai MyGDX

Soalan Lazim

Soalan Lazim Mengenai MyGDX


Galeri

MyGDX ialah platform perkongsian data yang menyediakan perkhidmatan integrasi data merentas agensi bagi memudahkan penyediaan perkhidmatan online End to End (E2E). Pelaksanaan MyGDX membolehkan maklumat diselaras dan dikongsi dengan lebih efisien. Secara tidak langsung agensi berupaya mengurangkan kos penyediaan infrastruktur dan pengintegrasian sistem. Melalui MyGDX juga, peranan agensi dalam menjalankan bidang kuasanya dapat diperkukuhkan.

Dokumen

Pelbagai contoh Surat / Dokumen untuk rujukan umum menyertai Ekosistem MyGDX

Hubungi Kami

Kami bersedia membantu anda melaksanakan integrasi data merentas agensi. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Lacks Heading
Lokasi

Pasukan MyGDX
Bahagian Kerajaan Digital
Jabatan Digital Negara (JDN)
Aras 4, Blok B, No. 3200
Bangunan MKN-Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan

Nombor Telefon

+603 8872 3058

Emel

mygdx.support@jdn.gov.my

Lacks Heading
Jenis Tulisan

Saiz Tulisan

Pilihan Warna