Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dibangunkan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mengurangkan masa memproses, mengisi dan mengesahkan data. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih.
Tadbir Urus
Agensi yang berminat mengenai ekosistem MyGDX boleh mengemukakan permohonan taklimat (jika perlu) melalui e-mel di mygdx.pmo@jdn.gov.my.
Taklimat diberikan kepada agensi yang memohon untuk mendapatkan maklumat MyGDX. Maklumat Lanjut
Agensi perlu menghantar Borang Penyertaan MyGDX kepada Pasukan Projek MyGDX melalui emel ke mygdx.pmo@jdn.gov.my. Sila semak Kit Penyertaan untuk rujukan.
Permohonan agensi akan dimaklumkan melalui surat rasmi JDN.
Pemasangan MyGDX
Taklimat mengenai perincian ekosistem MyGDX diberikan kepada agensi yang mendapat kelulusan untuk menyertai MyGDX.
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai pengguna di Portal MyGDX.
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai Pentadbir dan Pelulus Agensi di Portal MyGDX. Borang Pendaftaran Pengguna.
Pasukan MyGDX akan membuat pemasangan dan pengujian komponen MyGDX di agensi.
Perkongsian Data Merentas Agensi
Agensi akan melaksanakan pembangunan API sehingga selesai dengan bantuan Pasukan MyGDX dan mengadakan pengujian bersama-sama Pasukan MyGDX
Semua API akan didaftarkan di katalog API Portal MyGDX untuk makluman semua bakal pengguna
Agensi Pengguna boleh memohon langganan dan pengunaan data
Template coding konfigurasi telah disediakan bagi memudahkan agensi menggunakan API yang tersedia