Malaysian Government Central Data Exchange (MyGDX) dibangunkan untuk meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan Kerajaan dengan mengurangkan masa memproses, mengisi dan mengesahkan data. Data dirujuk terus dari sumber asal yang sahih.
Agensi yang berminat mengenai ekosistem MyGDX boleh mengemukakan permohonan taklimat (jika perlu) melalui e-mel di mygdx.pmo@jdn.gov.my.
2
Taklimat Awal
Taklimat diberikan kepada agensi yang memohon untuk mendapatkan maklumat MyGDX. Maklumat Lanjut
3
Permohonan Rasmi
Agensi perlu menghantar Borang Penyertaan MyGDX kepada Pasukan Projek MyGDX melalui emel ke mygdx.pmo@jdn.gov.my. Sila semak Kit Penyertaan untuk rujukan.
4
Kelulusan Permohonan
Permohonan agensi akan dimaklumkan melalui surat rasmi JDN.
JOM SERTAI
1
Taklimat On-boarding
Taklimat mengenai perincian ekosistem MyGDX diberikan kepada agensi yang mendapat kelulusan untuk menyertai MyGDX.
2
Permohonan Pengguna Portal
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai pengguna di Portal MyGDX.
3
Pendaftaran Pentadbir dan Pelulus Agensi
Pengguna agensi perlu mendaftar sebagai Pentadbir dan Pelulus Agensi di Portal MyGDX. Borang Pendaftaran Pengguna.
4
Pemasangan Komponen MyGDX di Agensi
Pasukan MyGDX akan membuat pemasangan dan pengujian SPA & PST komponen MyGDX di agensi.
JOM BERKONGSI
1
Pembangunan API
Agensi akan melaksanakan pembangunan API sehingga selesai dengan bantuan Pasukan MyGDX dan mengadakan pengujian bersama-sama Pasukan MyGDX.
2
Pendaftaran API di Katalog
Semua API akan didaftarkan di katalog API Portal MyGDX untuk makluman semua bakal pengguna
3
Permohonan API
gensi Pengguna boleh memohon langganan dan pengunaan data
4
Penggunaan API di sistem Agensi Pengguna
Template coding konfigurasi telah disediakan bagi memudahkan agensi menggunakan API yang tersedia