Terasing Tapi Terpaut

Terasing Tapi Terpaut

Terasing Tapi Terpaut    
Ekosistem perkongsian data MyGDX, membolehkan agensi mengekalkan kuasa autonomi dan pemilikan mutlak ke atas pangkalan data masing-masing (Terasing). Namun, pada masa yang sama, data ini diintegrasikan secara selamat (Terpaut) merentas agensi bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Memperkasakan Kerajaan Berpacukan Data

MyGDX ialah ekosistem perkongsian data yang merangkumi tadbir urus digital dan platform perkongsian data terjamin untuk memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan dalam talian sepenuhnya (E2E) ke arah kerajaan berpacukan data. Platform berpusat ini memudah cara ekosistem perkongsian data terperingkat dan data terbuka secara selamat, efisien, dan terkawal merentas agensi dan badan berkanun sektor awam.

Tujuan Perkongsian Data

Kecekapan Perkhidmatan

Meningkatkan Kecekapan Dasar, Pengurusan Program, Perancangan, Dan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Keselamatan & Kesihatan Awam

Mengurangkan Ancaman Terhadap Nyawa Serta Kesihatan Awam, Dan Bertindak Balas Pantas Terhadap Kecemasan Awam

Kepentingan Awam

Melaksanakan Perkongsian Data Strategik Demi Manfaat Dan Kesejahteraan Rakyat Secara Keseluruhannya

Jaminan Perlindungan Data

Selaras dengan Akta 864, platform MyGDX 2.0 dilengkapi dengan infrastruktur keselamatan terkini, termasuk pengesahan identiti (MyGPKI) dan sijil digital (SSL/TLS), bagi mencegah akses tanpa kebenaran, kehilangan data, serta memelihara sepenuhnya privasi data peribadi individu

Akses Data Terbuka

Terokai aset data terbuka agensi sektor awam yang sedia untuk dicapai dan dikongsi secara bebas tanpa memerlukan permohonan rasmi.

Jenis Tulisan

Saiz Tulisan

Pilihan Warna